Semoga Bahagia...  

Posted by xxxxxx1xxxxxx

Setelah orang KJ (kelana jaya) merancang mendirikan rumah tangga, nampaknya seorang lagi bakal mengikut jejak abang Mok 2. Tauke format ni nampaknya sudah menemui orang yang dicari selama ini. Aku doakan dia bahagia dan tak kecewa seperti yang terdahulu dan lagi dulu yea. Kawan-kawan lain tunggu nasi minyak tauke format laptop...

Disebalik Padang...  

Posted by xxxxxx1xxxxxx


Kawan... Marilah menghulurkan bantuan kepada saudara kita di seberang sana yang menerima dugaan Tuhan. Sesungguhnya, kita perlu menolong sesama Muslim. Lihatlah 20 orang anak kecil yang ditimbus ketika mengaji Al-Quran di masjid, juga ibu pergi ketika menyediakan susu untuk si kecil, dan ramai lagi saudara kita yang menerima musibah ini. Beringatlah kita bahawa alam fana ini tidak kekal selamanya. Siapa pun kita, tetap akan kembali kepadaNya. Sama-samalah kita renungi. Mahu terus lena di fana atau hidup di dunia sementara dan syurga selamanya...

AKHIRNYA...  

Posted by xxxxxx1xxxxxx


Sebenarnya bukan akhir tapi baru permulaan kepada pemburuan mahkota kejuaraan Barclays Premier League. Kemenangan malam tadi adalah satu langkah terbaik Carlo Ancelotti dalam usahanya memastikan The Blues merangkul kembali kejuaraan dari Pasukan Syaitan (Red Devil). Awal 10 minit pertama membangkitkan resahku dengan penguasaan Liverpool dimana Torres dan Gerrard mendominasi permainan. Namun selepas itu, Chelsea mula menemui rentak tetapi penyudah yang tumpul menghadiahkan keputusan tanpa jaringan di babak pertama. Terjahan bersih Lampard yang berjaya merampas bola dari kaki Masherrano terus dilorongkan kepada Deco kemudian Drogba dan menghantar bola ke kaki Anelka yang bijak memperdaya Reina untuk gol pertama Chelsea. Selepas gol itu, Liverpool kembali mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka digagalkan oleh John Terry serta penjaga gol kedua, Hilario yang menyelamatkan sepakan percuma Reira. Kealpaan barisan pertahanan Liverpool terhukum dihujung permain selepas pemain gantian, Malouda berjaya menguis bola hantaran Drogba yang sebelum itu berjaya memperdaya Carragher dan Aurelio. Kemenangan bermakna ini meletak Chelsea kembali ke puncak. Aku gembira kerana kemenangan ini tetapi lebih bermakna apabila menonton Red Devil stuggle untuk seri dengan 10 orang pemain Sunderland. Diharapkan Liverpool akan bangkil semula selepas kekalahan ini dan Man U akan teruskan rentak kekalahan dan seri mereka.

SELAMAT BERTUNANG...  

Posted by xxxxxx1xxxxxx

Kepada seorang kawan aku yang dah 'lanjut' usianya (x selanjut usia Shah), Selamat Bertunang ye. Tercapai jugak hajat kawan aku ni setelah melihat satu demi satu orang yang dikasihinya menjadi milik orang (lagu Pelamin Anganku Musnah- Azi) untuk kawan aku ni. Hari ini, dia menanti saat bahagia sebelum ke jinjang pelamin. Aku doakan agar dia bahagia selalu. Aku nasihatkan agar dia kahwin cepat. Harap-harap hujung tahun ni. Dapat aku makan nasi minyak. Huhu... Selamat Menanti Hari Bahagia Kawanku Merc...